Bicara hati 2 Oktober 2011 ..
Dunia kita diwarnai dengan warni-warna .. diwarnai dengan pelangi yang mempunyai 7 lapis warnanya ..
Bunga ros dengan kemerahan yang menyala ..
Bunga tulip dengan keputihan yang menyucikan ..
Bunga violet dengan kebiruan yang menyamankan ..
Tapi, bagaimanakah dengan warna hitam?
Jarang warna hitam menjadi pilihan, kenapa? Apakah sebabnya?
Mungkin kerana hitam sering dikaitkan dengan kegelapan.
Lihatlah pandangan manusia sendiri, apa yang paling jelas di saat ingin membeli pakaian ..
Jika seseorang memilih, pasti majoriti akan menentang dengan alasan, " Ala, jangan lah beli warna hitam, panas ... "
Hitam itu lawannya putih .. Putih melambangkan kesucian, kebersihan ..
Berbalik tajuk asal ...
Pernahkah kita terfikir akan dunia hitam putih atau dunia monokrom? Bagaimanakah jika dunia itu betul-betul wujud? Kita sudah pernah merasainya, walaupun tidak berada di dalamnya, tapi kita pernah melihatnya ..
Untungnya, masih ada 2 warna yang mewarnai dunia itu .. tapi,
Bagaimana pula dunia yang hanya berwarna hitam? Pasti dalam minda kita terbayangkan orang buta penglihatannya .. Alangkah untungnya mereka yang buta mata .. kenapa dikatakan begitu?
Dalam kesusahan untuk berjalan dengan bebasnya, menikmati nikmat Allah Taala ciptakan .. bagaikan hilangnya tidak ada penggantinya, dunia mereka tidak seindah kita .. Cuba bayangkan jika kita berada di tempat mereka ..
Namun, di sebaliknya, pandangan mereka sentiasa terselamat dari zina mata .. Lihatlah sekarang, wanita tidak kurang seksinya, lelaki pun sama telah .. Tundukkan pandangan anda!
Walaubagaimanapun, tak perlulah kita berharap agar kita juga dibutakan pandangan, Allah telah menetapkan ketentuan atas kita .. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia .. gunakan pandangan sebagai satu platform untuk mentaati Allah Taala ..
Gunakan mata anda untuk bertalaqqi kitab dengan ustaz-ustaz yang bersanad dengan Rasulullah .. ingatlah ilmu Aqidah itu fardu ain, ilmu Feqah itu fardu ain, dan ilmu Tasawwuf itu fardu ain .. sia-sialah kita jika tidak menggunakan pemberian Allah Taala sebaik-baiknya .. Allah itu Maha Mengetahui ..
Jaga pandangan, insyaAllah batasan lelaki dan perempuan dapat dipelihara .. Waallahu a'alam ..
Hitam itu gelap, putih itu cerah ..
No comments:
Post a Comment