"Kehidupan sosial semakin jelas di mata kita, batas pergaulan semakin tidak dijaga .. Nauzubillah"
Bicara hati 3 Oktober 2011 ..
Istilah couple begitu sinonim dengan kehidupan kita sehari-hari .. Couple itu diibaratkan seperti menjamah nasi, umpamanya aktiviti makan nasi itu begitu sebati dengan kehidupan kita .. Jika couple sudah diumpamakan sebegitu rupa, jelaslah bahawa isu ini sememangnya serius .. !!
Couple atau berpasangan dalam Bahasa Melayu nya, seringkali dikaitkan dengan para remaja .. terutamanya remaja sekolah menengah .. sekolah rendah sekarang pun, apa kurangnya .. bagaikan ingin bersaing dengan abang-abang dan kakak-kakaknya yang bercouple ..
Jika ditanya seorang pelajar sekolah menengah, " Adakah anda bercouple ..??" ..
Jawapan yang kita dapat, bagi yang malu mungkin jawapannya tidak .. walau pada hakikat dia sememangnya sedang 'bercinta' .. Ada sesetengah remaja begitu
BERANI mengiakan soalan ini, "
YA! Saya memang sedang bercinta .. !!"
Batas pergaulan antara lelaki dan perempuan sekarang ibarat dibuka hijabnya .. Hijabnya dulu, begitu dijaga, ditutup, dipelihara .. namun sekarang, ibu bapa sendiri 'agaknya lah' bersetuju dengan tindakan anaknya yang bercouple ..
Dan jika ditanya lagi remaja yang bercouple itu, " Kenapakah anda bercouple ..??"
Berikut jawapan normal yang keluar dari dua bibir remaja :
- Sebab dialah result exam saya meningkat
- Pasangan saya sentiasa buat saya rajin pergi sekolah
- Dia buat saya sentiasa study lewat malam
Wah, wah, wah .. cantik betul jawapan .. dapat A kemungkinan resultnya .. Pernahkah remaja ini berfikir akan akibat di sebalik perbuatan mereka yang tak begitu cerdik ini?
Jika diambil dari segi agama, jelas-jelasnya Islam melarang perbuatan
HARAM .. namun, kurang orang
especially remaja mengambil hal agama, jadi tidak begitu terdetik di hati mereka ..
Ok, kita ambil dari segi materialistik .. jika para remaja ini menggunakan
handphone , sudah pasti mereka akan ber
mesej tiap-tiap malam .. hmm, mungkin itu sebabnya mereka
study sampai lewat malam ..
well, study sambil mesej, mungkin
study group guna
handphone .. namun demikian, pasti nilai kredit akan dihabiskan dengan cepat, jadi mulalah nak beli
topup, topup, topup.. tengok
handphone mak ayah, tak ada la
topup banyak kali, agaknya mereka lagi kaya daripada ibu bapa mereka ..
Perasan tak wahai remaja semua? Anda telah membazirkan wang begitu banyak .. Ingat! Membazir itu amalan syaitan, dan syaitan itu merupakan musuh kita yang nyata ..
Remaja kita sekarang begitu lalai dengan kehidupan dunia yang tidak kekal ini, kadang-kadang saya sendiri pun terjebak .. boleh dikatakan selalu saya terlibat dengan kehidupan yang serba mudah ini, lihatlah sendiri dengan kewujudan
Facebook,
Twitter dan pelbagai lagi laman sesawang sosial .. begitu mudah terjatuh ke dalam lubang kelalaian .. sama-sama kita nasihat sahabat kita, di samping menasihati diri sendiri .. Ingat! Couple itu
HARAM!! Jangan sesekali terlibat dengan couple di usia remaja .. Couple itu merugikan ..
Ini tidak patut!! Tak layak bagi kita sebelum nikah berpegangan tangan dengan jantina selain kita(ajnabi) ..
Bersambung .... =)