Monday, August 6, 2012

17 Ramadan 1433 - Sejarah al-Quran

Assalamualaikum .. 

I'm back for a while .. 
Nak ceritakan sedikit kisah mengenai al-Quran .. 

Rujuk : Ulum Quran

aLQuranul Kareem mengalami pelbagai perubahan sejak dari penurunannya. Bermula turunnya pada zaman Rasulullah saw dan kekal hingga ke hari ini.
AlQuran disebarkan pada zaman Rasulullah dengan 4 cara utama :
1 - Khutbah Baginda
2 - Bacaan dalam solat
3 - Majlis tadarus bersama para sahabat
4 - Menghantar wakil-wakil ke negara lain
Pada zaman ini, alQuran masih lagi tidak ditulis dalam bentuk formal. Kebanyakannya ditulis di pelepah-pelepah tamar, perca kain dsbg. Namun begitu, ada para sahabat yang diizinkan dan ada yang tidak diizinkan untuk menulisnya. Bergantung kepada kekuatan daya ingatan dan waktu turunnya alQuran. Sebabnya, ingin mengelakkan asimiliasi antara alQuran dan asSunnah.

Zaman Abu Bakar as-Siddiq :
Ledakan golongan murtad, golongan enggan membayar zakat dan golongan yang mengaku telah 'dilantik' menjadi Nabi telah mendorong Khalifah Abu Bakar as-Siddiq untuk memerangi mereka. Dalam kalangan tentara Islam, majoriti daripadanya ialah Huffaz alQuran. Dalam peperangan al-Yamamah pada tahun 12H, 70 orang dari huffaz telah mati syahid. Keadaan ini telah menyedarkan Umar al-Khattab RA akan kehilangan aset yang penting. Oleh itu, Umar telah mencadangkan kepada Abu Bakar agar mengumpulkan ayat-ayat alQuran.

Pada peringkat awal, Abu Bakar masih tidak bersetuju. Tetapi setelah dipujuk oleh Umar, beliau akur dan melantik Zaid bin Thabit untuk memikul tugas yang berat itu. Sebab pemilihan Zaid adalah disebabkan oleh beliau pernah menyertai majlis tadarus Rasulullah bersama Jibrail dan beliau juga merupakan penghuffaz dan penulis wahyu. Zaid pada mulanya menolak dek kerana tugas itu terlalu berat dan tidak pernah dilakukan pada zaman Rasulullah. Dalam proses itu, Zaid telah meletakkan 2 garis panduan :
1 - Semasa menulis, wajib rujuk penghafaz dan penulis di zaman Rasulullah
2 - Ayat yang ditulis hendaklah disahkan oleh dua orang saksi yang adil untuk membuktikan bahawa ayat itu benar-benar diterima daripada Rasulullah.
Mushaf itu disimpan di rumah Abu Bakar, kemudian Umar dan kemudian Ummul Mukminin Hafsoh.

Zaman Usman bin Affan RA :
Semasa menyertai angkatan tentera Iraq untuk memerangi Azerbaijan, Abu al-Huzaifah al-Yaman telah melihat berlaku kekhilafan dalam bacaan ayat alQuran. Hal ini disebabkan oleh asimilasi orang Arab dengan orang bukan Arab. Lantas beliau mengemukakan masalah ini kepada Khalifah Usman.

Usman telah membentuk satu jawatankuasa, dengan melantik Zaid bin Thabit sebagai ketua untuk membentuk satu mushaf alQuran. Di bawah Zaid, terdapat 3 orang AJK iaitu, Abdullah bin Zubair, Sa'id bin al-As, dan Abdur Rahman bin al-Haris. Usman telah menetapkan beberapa syarat, antaranya :
1 - Jika berlaku perbezaan, rujuk lahjah Arab Quraisy
2 - Hanya tulis ayat-ayat yang mutawatir sahaja
3 - Tulis tanpa titik dan baris
4 - Salinan dihantar ke negara-negara Islam yang lain
Hasilnya, 7 mushaf telah disiapkan bermula akhir 24H hingga awal 25H. Satu mushaf telah disimpan telah disimpan di Madinah dan dinamakan sebagai 'Mushaf al-Imami'.

Zaman Bani Umayyah :
Umat Islam bertambah dengan kadar yang cepat hasil daripada usaha penaklukan, dakwah dan perdagangan. Justeru, ramai saudara baru yang sukar untuk membaca alQuran kerana tidak dapat membezakan huruf-huruf alQuran seperti ta,ba,jim,kho dsbg.
Oleh itu, di bawah pimpinan Muawiyah bin Abu Sufyan dan dipelopori oleh Abu al-Aswad ad-Du'ali, telah dicipta titik untuk menentukan huruf alQuran.

Usaha ini diteruskan lagi oleh Nasru bin Aasim dan Yahya bin Ya'mur dengan memperkenalkan baris spt fathah, kasrah dsbg. al-Hajjaj bin Yusuf as-Saqafi pula telah membuat simbol-simbol spt tanda waqaf, mad dsbg.
Pada zaman Abbasiyyah, al-Khalil bin Ahmad al-Basri telah menaiktarafkan lagi usaha-usaha pelopor terdahulu darinya.

AlQuran pernah ditulis dalam Khat Kufi --> Khat Raihani --> Khat Thuluth[rujuk gambar] --> Khat Nasakh.
Khat Nasakh telah digunakan secara meluas kerana tulisannya paling mudah difahami. Percetakan alQuran yang pertama telah dicetak di Hamburg, Jerman.

Hikmah pembukuan al-Quran :
1 - Menyatupadukan umat Islam dari segi bacaan dan tulisan alQuran
2 - Memudahkan untuk membaca alQuran
3 - Melahirkan umat Islam yang peka dengan alQuran.

Selamat Menyambut Nuzul alQuran semua.  Hargai alQuran dan usaha-usaha orang terdahulu dalam menaik taraf alQuran. Bertadabburlah! ^^



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...