" Mampukah kita bertemu lagi ..?"
Pertemuan mengajar erti perpisahan,
Perpisahan mengajar erti kesedihan,
Kesedihan? Apakah yang telah kita pelajari daripada kesedihan?
Bagi sesetengah orang, kesedihan itu membuatkan hati lebih menderita ,
Namun di sudut kecil hati insan lain, kesedihan itulah yang mengajar erti kebahagiaan.
Perasaan tak mampu ditafsirkan melalui kata-kata,
Kata-kata tak menggambarkan perasaan,
Perasaan dan emosi sering bersama..
Di saat kita sedih? Emosi juga turut sedih.
Di saat gembira? Emosi turut gembira.
Perpisahan mampu membuatkan setitik air mata jatuh mencium bumi..
Perpisahan mampu mematangkan pemikiran seseorang..
Jangan takut kepada perpisahan, kerana di sebalik perpisahan tersimpan dan tersirat seribu makna ...
Berusaha untuk menggapai hikmah itu, insyaAllah kamu akan bahagia ..
The world is so huge and big, with millions people .. and I think it's really a miracle and precious that I met n know you ... ^_^
Syukran ya Allah ... alhamdulillah ...
No comments:
Post a Comment