Saturday, October 16, 2010

Seorang Kawan

Assalamualaikum saya ucapkan,
tajuk 'Seorang Kawan' diberikan kerana saya teringat kpd seorang kawan saya yg bernama(dirahsiakan)..

Sepanjang berkawan dgnnya,saya mengenali erti seorang kawan..
Pernah satu hari dia dimalukan oleh seseorang,namun dia berkata..
"Aku lebih malu di hadapan kamu semua drpd aku malu di hadapan ALLAH Taala"..
Saya begitu kagm dgn kata2 nya..sepanjang saya berkawan dgn org lain..saya tak pernah jawapan seperti itu apabila dimalukan..

Selain itu,saya juga sering mendapat nasihat,ajaran dan pelbagai lagi santapan minda olehnya..
Dia umpama tulang belakangku, saatku jatuh dia hulurkan tangan..saat ku lemah dia pembangkit semangat..saat ku sedih dialah yang mengesat air mata.. saat ku gembira,dia turut riang bersama..

Ya Allah,aku berterima kasih kepadamu kerana engkau telah mengurniakan seorang insan yang amat baik kepadaku..tanpaku memintanya,Engkau telah memberikan kepadaku..
Ya Allah,aku berterima kasih..Alhamdulillah..

Kepada semua saudara saudari di luar sana,carilah sahabat yang sebenar ibarat engkau mencari permata yang asli di dalam pasir pantai yang halus..carilah sahabat yang mampu menjadi penumpang bahu saat dirimu dilanda kesedihan..carilah sahabat yang sering nasihat-menasihati antara satu sama lain..dan carilah sahabat yang sanggup berjihad di jalan ALLAH denganmu...

Terima kasih,sahabatku...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...