Friday, September 23, 2011

Pengenalan Kata Kerja Jepun

Kata kerja merupakan salah satu aset penting dalam setiap perkataan dalam apa jua bahasa ... ^_^ 

Pada dasarnya, Kata Kerja(KK) Jepun terbahagi kpd 2 iaitu : KK Ichidan dan KK Godan..tetapi terdapat 2 KK yg tidak tergolong dlm KK Ichidan mahupun KK Godan..
KK Ichidan ialah KK yang berakhir dgn 'eru' atau 'iru'...KK ini juga ditakrifkan sbg v1,krn Ichi bermksd satu.
KK Godan ialah KK yang berakhir dgn su,ku,gu,bu,mu,nu,u,ru,tsu..KK ini ditakrifkan sbg v5,krn Go bermksd lima.
KK yang berkecuali ialah perkataan suru(buat) dan kuru(datang).
*Semua KK Dasar Jepun berakhir dgn huruf U 
*Bukan semua KK yg berakhir dgn 'eru' dan 'iru' ialah KK Ichidan..

Contoh KK Ichidan : taberu(makan), shinjiru(percaya)..
Contoh KK Godan : su -> hanasu(bercakap), ku -> aruku(berjalan), gu -> oyogu(berenang), bu -> asobu(bermain), mu -> yomu(membaca), nu -> shinu(mati), u -> kau(membeli), tsu -> matsu(tunggu), ru -> wakaru(faham), mamoru(menjaga), nemuru(tidur), hashiru(berlari), kaeru(kembali)..
*SHINU merupakan satu-satunya KK Jepun yg berakhir dgn huruf nu
*Hashiru dan kaeru merupakan cth bg KK Godan yg berakhir dgn iru dan eru

Mem 'past tense' kan KK Jepun

Bagi KK Ichidan, kaedahnya adalah dgn menukarkan ru menjadi ta.
Contoh: taberu -> tabeta(telah makan), shinjiru -> shinjita(telah percaya)

Bagi KK Godan, terdapat pembahagian kumpulan iaitu sebanyak 5 kumpulan.
  • Kumpulan Pertama ialah cara menukarkan KK yang berakhir dgn su..kaedahnya dgn menukarkan su menjadi shita.
Contoh: hanasu -> hanashita
  • Kumpulan Kedua ialah cara menukarkan KK yg berakhir dgn ku..kaedahnya dgn menukarkan ku menjadi ita.
Contoh: aruku -> aruita
  • Kumpulan Ketiga ialah cara menukarkan KK yg berakhir dgn gu..kaedahnya dgn menukarkan gu menjadi ida.
Contoh: oyogu -> oyoida
  • Kumpulan Keempat ialah cara menukarkan KK yg berakhir dgn bu,mu,nu..kaedahnya dgn menukarkannya menjadi nda.
Contoh: asobu -> asonda, yomu -> yonda, shinu -> shinda
  • Kumpulan Kelima ialah cara menukarkan KK yg berakhir dgn u,tsu,ru..kaedahnya dgn menukarkannya menjadi tta.
Contoh: kau -> katta, matsu -> matta, wakaru -> wakatta, mamoru -> mamotta, nemuru -> nemutta, hashiru -> hashitta, kaeru -> kaetta
*Semua KK Lampau Jepun berakhir dgn huruf A

Dalam KK Lampau, iku juga termasuk dlm KK berkecuali(hanya dlm KK Lampau & Bentuk -Te)
Bagi KK terkecuali,iaitu suru dan kuru..caranya berlainan.. Bagi suru ditukarkan menjadi shita, manakala kuru menjadi kita dan bagi iku menjadi itta.. suru -> shita, kuru -> kita, iku -> itta

Bentuk -Te(Te form)

Caranya adalah mudah, iaitu menggunakan formula mem 'past tense' kan KK..iaitu,dgn menukarkan huruf A terakhir dalam KK Lampau kepada huruf E.

Contoh: tabeta -> tabete, shinjita -> shinjita, mamotta -> mamotte, asonda -> asonde, aruita -> aruite, hanashita -> hanashite, oyoida -> oyoide...begitulah seterusnya...

Bagi KK berkecuali,(suru,kuru,iku)..caranya adalah sama iaitu dgn menukarkan huruf A kpd huruf E.. shita -> shite, kita -> kite, itta -> itte..

  • Kegunaan Bentuk -Te ialah untuk menyambung KK dalam satu ayat..
Contoh ayat : Yamada makan dan minum --> Yamada wa tabete nonde..
*nonde asal drpd nomu yg bermksud minum..
  • Selain itu, Bentuk -Te juga bertujuan untuk menunjukkan bhw sesuatu kerja sdg dibuat,akan dibuat,buat kembali,sudah terbuat,memberi buat,diberi buat dgn menggabungkan dgn perkataan KK yang tertentu..(akan datang)
*Semua KK Bentuk -Te berakhir dgn huruf E.
Bentuk negatif (Negative Form)

Bagi KK Ichidan,untuk menjadikan KK negatif..cuma gantikan ru kpd nai..
Contoh: taberu -> tabenai, miru -> minai(tdk melihat), shinjiru -> shinjinai(tdk percaya)

Bagi KK Godan, cuma tukarkan huruf U dlm KK menjadi huruf A,kemudian tambahkan nai..
Contoh: hanasu -> hanasanai, mamoru -> mamoranai..formula ini sama bagi semua KK Godan.

Bagi KK berkecuali(suru dan kuru sahaja),, suru -> shinai, kuru -> konai..
*nai bermksd tidak..hny digunakan bg KK shj..

Formula untuk menjadikan Bentuk Negatif dlm Bentuk Negatif Lampau

Caranya,hanya tukarkan huruf I terakhir dlm KK Negatif menjadi katta. Formula ini untuk semua jenis KK(Ichidan, Godan, Berkecuali)
Contoh: tabenai -> tabenakatta, yomanai -> yomanakatta, suru -> shinakatta, konai -> konakatta..

Konjugasi bagi Kata Kerja ada banyak..masih banyak lagi...

 *sila klik di atas gambar -- resolusi terlalu besar ~~

First Kanji -- walking
Second Kanji --swimming
Third Kanji --talking
Fourth Kanji -- playing
Fifth Kanji -- dying(die) .. の_の

Thursday, September 22, 2011

Photoshop .. ^_^

*lau gmbr xgerak, tekan atas gambar .. ^_^

First time guna Photoshop CS3 nk wat animation berformatkan GIF .. huh~~ susah btol guna photoshop ... xp skul, nilah kijer nya .. bazir time jer,,, nget

p/s: xtau nk wat kartun aper,, terkeluar yg macam tu,, jgn pikir pelik naaa~

Wednesday, September 21, 2011

Bleach Anime - Watch Bleach Episode Sub Free Online

Bleach Anime - Watch Bleach Episode Sub Free Online

Newest Bleach ... hurm,, BLEACH 340 .. ^_^

Bersendirian ... T_T

Catatan hati 21 September 2011, 6.35 a.m

Jom bertepuk tangan !



Jika kita ingin bertepuk tangan, kita memerlukan dua tangan..
Hanya satu tangan tidak memadai..

Tidak akan dinamakan satu tepukan tanpa dua tangan,
Jika hanya satu tangan ingin bertepuk, bunyi tak akan dihasilkan ..

Kita mampu menyembunyikan gundah-gulana kita di hadapan orang,
Tapi hati kita? Hurm, cuma hati dan Allah yang tahu ...

Kesedihan tak perlu dikongsi, kebahagiaan itu tidak abadi..
Bersyukurlah dengan apa yang anda peroleh..

Monday, September 19, 2011

Di balik Setiap Awan

Catatan hati 19 September 2011, 9.45 a.m. .....

          " Tak selalu awan cerah,  
            " Tak selalu awan mendung ... "

Adakalanya awan yang cerah mengandungkan hujan, di saat itu .. awan itu berubah menjadi mendung ...

Setelah hujan dilahirkan, awan kembali menjadi cerah ...

Apakah salah hujan yang menyebabkan awan menjadi mendung ... ?

Kita tak boleh sentiasa memiliki awan yang cerah, kerana ada tikanya kita betul-betul butuhkan awan mendung itu ..

Ingatlah, di balik awan-awan itu, terlindung langit biru yang menyimpan seribu satu rahsia ...


Sunday, September 18, 2011

Perpisahan

Di kala saat perpisahan, terdetik di hati kita ... terdetik di lubuk hati yang paling dalam,
" Mampukah kita bertemu lagi ..?"

Pertemuan mengajar erti perpisahan,
Perpisahan mengajar erti kesedihan,
Kesedihan? Apakah yang telah kita pelajari daripada kesedihan?

Bagi sesetengah orang, kesedihan itu membuatkan hati lebih menderita ,
Namun di sudut kecil hati insan lain, kesedihan itulah yang mengajar erti kebahagiaan.

Perasaan tak mampu ditafsirkan melalui kata-kata,
Kata-kata tak menggambarkan perasaan,
Perasaan dan emosi sering bersama..

Di saat kita sedih? Emosi juga turut sedih.
Di saat gembira? Emosi turut gembira.

Perpisahan mampu membuatkan setitik air mata jatuh mencium bumi..
Perpisahan mampu mematangkan pemikiran seseorang..
Jangan takut kepada perpisahan, kerana di sebalik perpisahan tersimpan dan tersirat seribu makna ...

Berusaha untuk menggapai hikmah itu, insyaAllah kamu akan bahagia ..

The world is so huge and big, with millions people .. and I think it's really a miracle and precious that I met n know you ... ^_^

Syukran ya Allah ... alhamdulillah ...

Wednesday, September 14, 2011

Final Destination Movies

Korang sumer mzti penah tgk cter Final Destination kan kan kan?
Lau xpenah, jgn tgk .. first time tgk mzti ngilu tulang temulang korang .. pastu nk tgk bnyk2 kali pon xper .. dah xtakut dah ..

Aq sbnrnya krg phm motif citer ni(saper2 tau tu gtau tep kita) ..
Sinopsis jer la ni aq nk gtau, yg dpt buat kesimpulan .. (mzti a pnyer BM Ringkasan aq) hehe

Mula2,ada satu peristiwa di mana org2 yg akan mati ni, berada di satu tempat .. then, salah sorang dari mereka dapat vision .. vision yg kononnya diorg mati dlm keadaan yg dasat2 la .. seram sejuk aq tgk .. benci toll

pastu, yg dpt vision tu pon gtau kengkwn dia yg diorg sumer akn mati .. then, sumer kawan2 dia lari r .. diorng pon selamat[buat sementara] ..
lps tu, sorg2 mati dlm keadaan teruk,, i hate that[say it again] ... sampai la ada org yg akan selamat or sumer mampus maybe mati ..

tiap2 cter dia lain cara diorg mati, n cara nk lari dri kematian tu pon beza2,,
for example .. dlm FD2 cara diorg nk slmt kna ada baby lahir dlm kejadian first kematian hambat[buru] diorg ... tp lam FD5 geng2 dorang kna jd pembunuh atau dibunuh oleh kematian itu sendiri ..

tp last2 cter FD5, mati sumer org gak .. penipu pnyer cter .. beci aq ,,

Disini saia list kan kejadian first dlm setiap versi ... ada 5 versi sumer stakt ni ..
FD 1 - time naik flight, sorang laki dpt vision yg flight dorng meletup
FD 2 - ad sorg wanita[baik bunyi] yg dpt vision, vision tu tunjuk diorg mati hny disebbkan oleh kayu balak jatuh kat tgh jalan .. fuhh, xgler maner ag ..
FD 3 - pok2 dia naik roller coster, then tergelincir .. dlm cter ni aq xtau sgt, sbb xtgk ag ..
FD 4 - time dorng p tgk lumba keta, then hny sbb sbutir skru,, gler ... sumer org tgk situ mati ...
FD 5 - lam cter ni, dorang naik bas nk p rehlah la kononnya, lalu ats jambatan tgh baiki .. mai2, jmbtan tu runtuh ...cter ni aq tgk full pny, amik nga abg aq  .. hehe

nk cter r ckit FD 5 ,,, first pue nama Candis jatuh jambatan, lps tu ada kapal layar lalu, fuhh .. tercucuk ats tiang kpl lyr, mati terus ..
kedua, Ian mati lam bas, bas jatuh lam air .. xtkut ngat
ketiga, xigt nama .. mati kna cangkuk yg tercbut .. terbang terus dia ...
ke4, xigt gak .. mati kpala kna hempap keta lam air, first dah xmati sbb jatuh dlm air jer, ttbe ada keta jatuh ada kepala dia,, terberai terus ..
ke5, xigt jgk .. hehe .. pak cik tu, pengurus diorg r .. mati kna mnyak nk buat tar .. robek abis kulit ,,
ke6, xigt gak (blakang2 xigt nama) .. mati kna besi tercucuk dlm badan,,
ke7, Sam lau xclap .. mati putus badan, kna besi gak .. besi ada bilah ..
ke8, molly .. dia sorang jer hidup time dlm vision ats jambatan ...

lpas tu dorng slamat dari mati ats jambatan, then kematian pon buru dorng .. sorang2 mati ..
mula2, candis -- patah tulang, time gimnastik .. dasat gler r mati
kedua, Ian -- mati dlm spa, mula2 igt mati terbakor kna api, tp mati sbb kepala hancur kna patung buddha yg keras(jed pnyer lahh)
ketiga, pue paka spek ,, g wak pembedahan mata guna laser .. doktor p tinggal dia, laser ttbe hidup .. hancur mati dia .. mati dgn jatuh bangunan ..ish3
ke4 org kulit hitam(yg mati kna cangkuk dlm visi) -- dia xmati, sbb org lain terkena buruan maut ke ats nya .. so, selamt la at first ..
ke5, pak cik tuo tu -- mati kna spanar terbang ,, putus kepala dia ..
ke6, yg mati kna besi -- Sam yg bunuh dia, so Sam pon selamat la ..
ke7, molly mati dlu .. time naik flight, ttbe flight berapi .. molly terkeluar dari flight putus bdn kna sayap flight ..
ke8, Sam -- mati terbakor dlm flight ..
last skali, org kulit hitam mati gak,, time duk kat bar .. ttbe candelier jatuh ats kepala .. hmm...

aq cuma nk ckap, cter ni mengarut,, mcm nk cabar kuasa tuhan .. konon buleh lari dari kematian la .. mengarut ko!! nk tgk buleh, jgn caya sdah... k .. gud luck tgk cter ni .. bez kakloh ..


ni yg first pnyer ...

number 2 ...
 
 
num 3 ... roller coster

4 -- lumba keta 

num 5 .. jambatan rapuh .. :p

can sumbdy tell me the motive of the story?? blurrrr ...

Ragam Manusia

Seribu langkah dimulai dengan Bismillah ... Langkah pertama memulakan perjalanan, perbaikkan langkah pertama insyaAllah perjalanan anda akan baik

BismillahirRahmanirRahim...

Jika kita andaikan, seorang manusia mempunyai satu ragam ..
Sepuluh orang, sepuluh ragam ..
Seribu orang?? Fikirkan sendiri,anda pasti tahu jawapannya..

Hidup berorganisasi tak kiralah organisasi secara langsung atau tak langsung, sememangnya memberikan cabaran..
Sosial itu penting, tapi kita harus bersosial secara baik..
Masyarakat sekarang terutamanya remaja, hmm .. menyalahertikan perkataaan dan makna SOSIAL itu sendiri..
Sosial sering dianggap perkara yang buruk, walhal jelas2 ia perkara yang begitu sinonim dengan kehidupan kita..

Merujuk Kamus Dewan ,, sosial bermaksud segala yg berkaitan dengan masyarakat,perihal masyarakat, kemasyarakatan...
Jadi, siapa yg salah sebenarnya? Remaja? No,no,no .. jangan salahkan sesiapa,, salahkan diri kita dulu, kerana kita berkuasa atas diri kita(dengan izin Allah) .. kita tak mampu mengawal org lain ...

Berbalik tajuk asal ------
Dalam dunia ni, xpyah amik yg dunia, dlm negera ni, xpyah jgak kot, dlm bandar kita ni .. ada ramai org, agak2 satu bandar mgkin satu ribu lebih(bekali) ...
Jadi, kemungkinan besar terdapat pelbagai ragam dlm satu2 bandar..

Kita ambil satu situasi, saat kita memuji seseorang ...

Ada org tu, dia suka bila org puji dia ...
"awak2, awak ni cantik la" ... fuhhh,,, kembang lubang hidung .. siap trelar boleh buat U-turn ...

Ada org tu, tak suka bila org puji dia .. biasa nya nak lari dari sifat riak ..
"awak2, hensem betullah abg awk.. eah, bukan.. awk ni hensem betullah " ...
hmm,, tgk reaksi dia?? terus istighfar panjang2,, moga2 kita tergolong dri grup ni ..

Ada org tu, suka pon ada, tak suka pon ada ... yg jenis lain, hebat ag r tp xsehebat yg ahli tasauf tu,, --- dia gunakan pujian sebagai penghangus, i mean pembakar semangat diri utk terus berjaya ...
bagaimana dengan anda? apakah grup anda? sama2 cuba nilai ...
Terus trg, saia(ejaan org xsegar) btul2 xsuka org puji, cukup xsuka .. baik hina saya, barulah saya jadikan hinaan,cacian itu sbg smangat .. namun kekadang mudah gak putus asa ... namun, Allah tetap ada ...

anyway, minta pendapat semua(sila komen yer saper2 yg read ini post) .. bagaimana cara utk berkomunikasi lebih dgn org lain .. dgn kata berSOSIAL dgn baik ... betul2 letih fikir caranya ...
Jom bersosial di FB .. hehe, sosial dgn baik eak sumer ...
p/s: aq rasa dah terikut dgn gaya budakKampung ni ... ish3,, ngisaf3 ... lemoh den baca dia pnya blog ...

Minta komen yer sume ... ^_^

Klik di sini .. jom2, jgn lupa solat sumer ..

Friday, September 9, 2011

Re post: Salah!

Terdetik di hati kecilku ini utk repost kembali post yang bertajuk Salah!
Bukan apa, sbb KESALAHAN itu begitu akrab dgn kehidupan kita ...
Persoalannya, dengan siapa kita mudah berbuat salah?? adakah pernah kita terfikir..walau sedetik ?

Pertama , kesalahan yang paling wajib ada dalam hidup kita ialah kita berbuat salah dengan Allah Taala .. meme xleh lari doh kata nya org2 Kelantan ...
Setiap hari, setiap masa, setiap saat, setiap detik .. hmm, pasti ada jer dosa yang kita buat..ada sesetgh dosa tu kita sedar bhw ia salah,tp ttp jgak buat .. ada tu yang TERBUAT secara tak sngaja ...
Susah betul nk tinggalkan maksiat kan?

Jom bermujahadah dengan Nafsu!!!!
Come on!! Come on!! Mujahadah itu perlu dalam setiap jiwa, setiap diri ...
Bermujahadah dengan nafsu itu satu mujahadah yang berterusan seumur hidup kita..

Sehinggalah nafas terakhir disedut, ketika itulah berlawan dengan nafsu akan tamat...


 Betul2 berbeza jika dibandingkan dgn mujahadah org kafir .. mujahadah dgn org kafir akan terhenti apabila seseorang kafir yang kita perangi itu mati ... tp, ini?? fuh,, selama-lamanya ....

Teringat petikan kata2 Nabi Sulaiman bin Daud alaihimassalam ...
"Sesungguhnya, mengekang nafsu itu lebih sulit daripada membuka sebuah kota bersendirian ... "

Semua kesalahan sebenarnya berkait rapat dengan nafsu .. jinakkan nafsu anda, jgn biarkannya menguasai dirimu ... kerana dirimu begitu berharga ... mksd sy, jiwa di dalam jasad ... ^_^


Undang-undang walau sehebat mana pun tidak akan berkesan jika nafsu tidak dijinakkan .. berusaha ke jalan Zikrullah!!! La Ilaha illa Allah ....
                                                                       
                                                                                                   Bersambung .............

Friday, September 2, 2011

Hati dan Perasaan

Post ini ditulis bagi mereka yang sedang merasai perasaan bercinta, tidak kiralah mencintai ibu bapa, sahabat, dan pasangan sendiri ....



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang
yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya
apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita
akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang
lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang
pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan
kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh
duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata
apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan
bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah
dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang
telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan
juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita
rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu
kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan
sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di
dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit
untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai
seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi
ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum
kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk
mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan
hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam
kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang
sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan
memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin
anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda
tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya
memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan
semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk
membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk
membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan
anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk
membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda
di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,
fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam
memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik
dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,
mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka
yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai
kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang
lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan
kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di
sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya
apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan
orang sekeliling anda pula yang akan menangis..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...